Awas! Inilah 6 Makanan yang Bahaya Jika Dimakan Mentah

Sudah menjadi kebiasaan, bila tengah memasak, secara spontan tangan ringan je masukkan bahan-bahan memasak ke dalam mulut. Betul tak mak-mak?
Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat makanan yang dilarang untuk dimakan secara mentah kerana boleh membahayakan tubuh badan.
Daging ayam atau makanan mentah lain sudah memang tentu dilarang kerana ada bakteria yang merbahaya.
Apa kata anda semak senarai ini. Ada di antaranya yang memang kita makan secara mentah kerana ingin rasa lebih fresh. Jangan ambil mudah, cegah sebelum terlambat. Semoga bermanfaat !
1. KentangKentang yang belum direbus, digoreng atau dimasak, jangan sesekali dimakan mentah. Jika dimakan mentah boleh menyebabkan kesan angin dalam badan.
Anda akan mengalami banyak gas dalam perut, kerap kentut dan kembung perut. Lebih menakutkan, jika kentang dibiarkan lama dalam keadaan panas atau kawasan yang basah.
Ia akan bertukar menjadi warna hijau dan menghasilkan toksik ‘solanine’ yang mengakibatkan keracunan makanan. Kalau anda melihat tompok hijau pada kentang, jangan cuba untuk makan!
2. TepungAda ke tepung dicampur air dan dimakan begitu sahaja? Kalau ada, baik anda hentikan tabiat itu sekarang.
Menurut dari kajian beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat memakan tepung mentah berpotensi memberi pelbagai masalah kesihatan.
Mengejutkan lagi apabila tepung berkemungkinan membawa patogen seperti E.coli yang hanya akan hilang apabila dimasak. Sangat berbahaya.
3. SosisSosis sudah tentunya bukanlah makanan yang berkhasiat tapi ada yang pula selamba makan ia secara mentah kerana rasanya sudah direbus setengah masak.
Namun menurut kajian, adakah anda tahu pembungkusan sosis boleh terdedah kepada kuman/bakteria Listeria yang boleh dibunuh dengan memasak sosis tersebut.
Ingat, basuh dan rebus atau goreng dahulu sosis sebelum makan. Jangan terlalu mudah membahayakan kesihatan anda.
4. SusuSusu yang terus diminum dari lembu tanpa ditapis atau pasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella.
Individu yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan. Jangan bahayakan nyawa anda.
5. TaugehTaugeh kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan. Namun anda kena ingat, taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembab dan bakteria mudah membiak.
Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan direndam selama beberapa hari.
6. TerongTerong mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.
SUMBER  : https://islamidia.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

BIKIN HEBOH..!!Pria ini Kerjanya Hanya Sebagai Kuli Angkut, Tapi Kegantengannya Bisa Bikin Cewek Kelepek Kelepek Melihatnya

ASTAGA..!!!Demi Cinta, 10 Artis Cantik Indonesia Ini Pindah Agama

MASYAALLAH..!!Bocah Ini Harus Menjadi Pemikul Kayu di Usia 13 Tahun, Siapa Sangka Cerita Dibaliknya Begitu Menyayat Hati